Sunday, January 3, 2021

 HUTANG BAIK VS HUTANG BURUK

HUTANG BAIK

1. Perniagaan kecil dan sederhana

Potensi perniagaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai punca pendapatan amatlah besar. Dengan berniaga, anda bukan saja tidak bergantung kepada pihak ketiga untuk meraih pendapatan. Malah potensi pendapatan anda juga boleh meningkat berkali-kali ganda berbanding bekerja makan gaji. 


2. Hartanah

Secara asasnya terdapat dua cara untuk menjana pendapatan dalam bidang hartanah. Pertama adalah melalui hasil sewaan. Untuk menjana pendapatan melalui hasil sewaan, kutipan sewaan tahunan anda mestilah lebih tinggi daripada jumlah pinjaman bank tahunan yang anda bayar untuk membeli rumah tersebut.


HUTANG BURUK

1. Kereta

Kereta adalah contoh klasik aset susut nilai. Kereta baru contohnya akan hilang 50% nilai asalnya selepas hanya tiga tahun. Pakar kewangan menasihatkan jumlah bayaran bulanan pinjaman kereta/motosikal anda tidak boleh melebihi 30% jumlah gaji bulanan anda. 


2. Kad kredit 

Hutang kad kredit biasanya dicaj dengan kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan pinjaman konvensional. Manakala jadual pembayarannya pula disusun untuk memaksimakan kos kepada pemegang kad.


Mencari rumah yang sesuai dengan keperluan anda? Call/Whatsapp consultant kami di lokasi anda sekarang !


πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino

πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino

πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino


#arvinoproperties

#arvinobangloeksekutif

#arvinobanglomewah

#arvinobanglomurah

#binarumah #rumahimpian




 PESANAN ADIK BERADIK


Bila dah besar, ada kerja, ada pendapatan, ada duit dan cari harta sendiri. Beli rumah, beli tanah dan beli aset.


Bagi ada harta dengan nama sendiri,, Jangan berebut tanah sekangkang kera dikampung nanti. Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, adik beradik bergaduh dan bermasam muka.


Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain ke, jangan fikir dan jangan berharap. Jangan letak target yg kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak harta pusaka.

Jangan!!


Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nak marah, bergaduh dan nak menuntut. Walhal ketika "harta" tu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti. Bila harta tu dh tiada pemiliknya, kita nak sangat² "hak" kita.


Hak apa yg kita nak?

Hak apa yg kita tuntut?

Kita berhak ke?


Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita² kita. Yang lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa² dari mereka.


Mencari rumah yang sesuai dengan keperluan anda? Call/Whatsapp consultant kami di lokasi anda sekarang !


πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino

πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino

πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino


#arvinoproperties

#arvinobangloeksekutif

#arvinobanglomewah

#arvinobanglomurah

#binarumah #rumahimpian




 TABUNG GAJI


Kawan kawan,  Hati hati dengan menguruskan gaji kita. Sedikit panduan buat kita bersama.


1. Jika nak buat hutang, pastikan hutang tak sampai 40% dari gaji yang kita terima.

2. Jika gaji RM3,000, pastikan hutang hutang kita hanya sekitar RM1200 sahaja.

3. Dalam 40% itu (RM1200) termasuklah hutang PTPTN, hutang peribadi, hutang budi dan hutang motor.

4. Jika gaji bawah RM3,000, elakkan beli kereta dulu. Jika bujang, masih boleh usahakan naik motor sahaja.

5. Lagi 10% -25% buatlah simpanan tetap. Simpan dan lupakan saja.

6. Baki gaji antara 50%-35% barulah gunakan untuk belanja kehidupan kita. 

7. Paling penting, jangan lupa 2 benda. Bayar zakat pendapatan 2.5% dan sumbangan ibubapa jangan kurang dari 5%.

 Jika gaji RM3000, untuk ibubapa paling minimum RM150 sebulan.


Selain dari kita rancang pendapatan ini. Saya cadangkan TAMBAH PENDAPATAN melalui online atau apa saja.


Mencari rumah yang sesuai dengan keperluan anda? Call/Whatsapp consultant kami di lokasi anda sekarang !


πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino

πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino

πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino


#arvinoproperties

#arvinobangloeksekutif

#arvinobanglomewah

#arvinobanglomurah

#binarumah #rumahimpian




 TABUNG SURI RUMAH


Jika suami kita bekerja dan kita suri rumah tangga sepenuh masa,,,


1. Mintak suami beli takaful perlindungan pendapatan jika berlaku apa apa pada dia nanti. 

2. Mintak suami beli rumah kecil segera, jangan lama sangat menyewa. 

3. Jangan serah diri pada takdir sepenuhnya, buat simpanan bulan pertama jadi suri rumah tangga. 

4. Buat dua (2) Tabungan Kegunaan Zaman Muda hingga usia 55 tahun. Tabungan ini seperti ASB,  Tabung Haji,  hartanah, Unit Trust. Jangan sesekali simpan duit dalam akaun bank. Inflasi telan duit kita nanti. 

5. Buat Tabung Guna Waktu Tua,  dengan buka Akaun Persaraan Swasta (PRS).  Jika masih muda, kerajaan bagi sumbangan RM1000 waktu mula buka akaun kali pertama.

6. Mohon suami sumbangkan setiap bulan RM100 sebab dia dah jadi majikan kita sepenuhnya. Simpanlah dalam PRS hingga bersara. 

7. Semakin banyak suami sumbangkan semakin baik jadinya. 

8. Jadilah isteri yang bijak dan tegas mengurus kewangan suami. Kita tak tahu sampai bila cintanya mekar mewangi.


 Bersedia sebelum bencana kewangan menanti.  


Mencari rumah yang sesuai dengan keperluan anda? Call/Whatsapp consultant kami di lokasi anda sekarang !


πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino

πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino

πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino


#arvinoproperties

#arvinobangloeksekutif

#arvinobanglomewah

#arvinobanglomurah

#binarumah #rumahimpian




 TIPS REKABENTUK DAPUR 2021!


1. Dapur yg baik jadikan isteri kita selesa & masak dengan penuh kasih sayang. Resepi walau 'campak campak' boleh jadi sedap bukan kepalang.

2. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk ke dapur.  Semakin banyak cahaya, semakin luas rasanya. 

3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar. 

4. Lantai mengunakan jubin atau kayu yg tidak mudah licin & tergelincir ketika basah. 

5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen & tv kita.

6. Beli alatan dapur yg kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya didapur. 

7. Pilihlah skima warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan kita. 

8. Fahami prinsip golden triangle di dapur antara sink, dapur memasak & peti sejuk dlm kedudukan yg betul agar mudah kerja. 

9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yg keras & tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini. 

10. Kita hanya perlukan 1 dapur sahaja, jangan mengada nak ada 2. Dry kitchen bukan budaya kita. Dapur kita masak kari & sambal belacan,  kemas bagi cantik tetap menawan lepas digunakan. 


Peruntukan sedikit bajet buat dapur bagi cantik dan selesa,  disana kasih sayang bermula sebelum masuk perut kita. Kebahagian seorang isteri bila masuk kedapurnya yg selesa & cantik.


Tahun baru 2021 ini, siapkan sebuah dapur buat keluarga tercinta.


Mencari rumah yang sesuai dengan keperluan anda? Call/Whatsapp consultant kami di lokasi anda sekarang !


πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino

πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino

πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino


#arvinobeautyandhealth

#arvinotipskesihatan

#naktips #naksihat

#arvinoproperties

#arvinobangloeksekutif

#arvinobanglomewah

#arvinobanglomurah

#binarumah #rumahimpian




 MENGAPA BELUM ADA RUMAH ?


Bila kita masih gagal membeli rumah, semak kembali perkara ini kawan. 


1. Jenis Kediaman

 Jika sebelum ni nak beli rumah teres,  belajar beli apartment dulu


2. Lokasi Kediaman

Jika sebelum ini nak cari kediaman di sebelah pejabat,  carilah kediaman di pinggir bandar dulu. 


3.Harga Kediaman

Jangan belajar beli rumah berharga  RM500k dahulu,  bermula dengan harga RM300k kebawah dulu. 


Belajar cari kediaman yang kita mampu, bukan yang kita mahu. 

Gegadis suka lelaki yang ada rumah, mereka tak sabar nak jadi orang rumah 😜


Mencari rumah yang sesuai dengan keperluan anda? Call/Whatsapp consultant kami di lokasi anda sekarang !


πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino

πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino

πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino


#arvinoproperties

#arvinobangloeksekutif

#arvinobanglomewah

#arvinobanglomurah

#binarumah #rumahimpian




 PANDUAN MELAWAT RUMAH SEBELUM BELI


1. Lawatan Lebih Dari Sekali πŸ˜†

Semakin banyak lawatan kita semakin banyak maklumat kita dapat. Datang dan beramah mesra dengan jiran sekitarnya.

2. Lawatan Waktu Berbeza😁

Amati juga kawasan kediaman tersebut waktu malam, berapa banyak lampu yang terpasang. Parking penuh kenderaan dapat dilihat malam.

3. Lawatan Waktu Hujan☺️

Kebocoran hanya ada waktu hujan, begitu juga banjir melanda kawasan.

4. Tanya Jiran, Tanya Gerai MakanπŸ˜‰

Ini sumber maklumat kawasan, gosip persekitaran mereka pegang. Siapa janda atau adalusia, dalam gengaman mereka.

5. Pengawal Keselamatan Sumber Maklumat

Mereka tahu jenayah banyak atau sikit. Siapa suka datang, Bangladesh, Vietnam atau luar sempadan. 

6. Matahari Petang Jatuh Dimana😍

Kita tahu unit kita bakal panas atau jadi sejuk nantinya. Lihat dimana bilik tidur kena matahari petang.

7. Jangan Datang Seorang😎

Teman kita akan komen benda yang tak kena dari kaca matanya, kita mungkin dah suka gila tak nampak bencana.

8. Tekanan Air TinggiπŸ€—

Ada kawasan tekanan air rendah waktu pagi terutama rumah yang tinggi tinggi.

9. Pekerjaan Jiran Tetangga🀭

Kerja dan pemikiran saling bergantungan, jika kawasan kediaman banyak jururawat. Peluang kita kena ngorat itu ada tinggi.

10. Projek Akan Datang🀫

Apakah projek akan datang sekitar kediaman itu, jika ada AEON , MRT atau pasaraya boleh jadi ia berharga.


Mencari rumah yang sesuai dengan keperluan anda? Call/Whatsapp consultant kami di lokasi anda sekarang !


πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino

πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino

πŸ“ž Syahirah http://www.wasap.my/601115752125/BangloArvino



#arvinoproperties

#arvinobangloeksekutif

#arvinobanglomewah

#arvinobanglomurah

#binarumah #rumahimpian






  HUTANG BAIK VS HUTANG BURUK HUTANG BAIK 1. Perniagaan kecil dan sederhana Potensi perniagaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai punca pe...